Monday, April 23, 2012

Ubat menghilangkan jerawat


Masalah jerawat di bahagian muka agak sukar dibendung. Sekiranya kulit muka anda sensitif, maka penjagaan rutin yang lebih teliti perlu dilakukan. Beberapa cara untuk mengatasi jerawat ini pernah saya bincangkan di sini.

Namun, saya faham yang masalah ini tak pernah berakhir kerana setiap hari ada saja di antara kita yang mengalaminya. Walaupun dah pernah cuba pelbagai macam ubat jerawat, kan? Untuk itu, di akhir nanti saya akan berikan semula link berkaitan supaya mudah anda rujuk kembali.

Sementara itu, saya akan terangkan satu lagi cara menghilangkan jerawat di muka anda. Kali ini, anda perlukan sebungkus daun teh dan juga satu bekas berisi air panas yang sedang mendidih.


Gambar daun teh ini diedit dari laman Wikipedia



Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Masukkan sebungkus daun teh yang masih hijau ke dalam sebuah bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

2. Kemudian, wapkan air teh tadi ke muka anda. Atau lebih tepat, wapkan air teh tersebut selama beberapa ketika ke kawasan yang berjerawat di muka anda.

3. Lakukan cara ini selalu sehinggalah jerawat di muka anda tu hilang.


-aina-

Kulit telur untuk kecantikan muka?


Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP).

gambar kulit telur
Gambar hiasan kulit telur


Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.


1. Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.

2. Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak.


kulit telur yang telah ditumbuk
Contoh kulit telur yang telah ditumbuk


3. Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.

4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.

5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.

-zulaiha-

10 tips ringkas kuruskan badan


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan
Gambar hiasan


Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


-zulaiha

Resepi ayam masak merah



Ayam masak merah



Bahan-bahan (4 orang) - ku buat separuh
1/2 ekor ayam - ku guna chicken wings 4 kepak bersama drummetnya
sedikit garam
serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering - ku guna 3 biji
1 cm halia
2 ulas bawang putih - ku kekalkan
1 labu bawang besar - ku guna separuh
1 biji tomato, potong dadu - ku guna separuh
1/2 cawan sos tomato - ku guna 1/4C
*2sb tomato puree - ku tambah

Bahan Hias 
1/2 biji bawang besar, potong bulat - ku tak letak
kacang hijau secukupnya - ku guna mix veg


Cara-cara
1. Bersih ayam.

2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.

3. Goreng sehingga 2/3 masak (ku goreng garing).

4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato, buah tomato dan tomato puree (jika guna) sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos, buah tomato dan tomato puree (jika guna). Tumis sehingga naik minyak.

5, Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Perasakan dengan garam atau sos tomato jika perlu.

6. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api dan sedia dihidang.

-sabrina-

Resepi Nasi Tomato


Nasi tomato untuk dimakan bersama ayam masak merah (belakang tu durian cheesecake entry frame sekejap sebagai dessert. Ahaks~)

Bahan-bahan (4 orang) - ku buat separuh
2 cawan beras basmati - ku buat 1 + 1/2C
2 biji tomato, potong dadu - ku kekalkan
2 cawan air - ku letak 1 1/2C
1/2 cawan susu - ku kekalkan
3 sudu besar sos tomato - ku kekalkan
*1 + 1/2sb tomato puree - ku tambah
1 helai daun pandan, disimpul- tak letak, malas nak ke belakang rumah :P
sedikit garam

Bahan tumis
2 sudu mentega@minyak sapi - ku guna 1sb minyak sapi
2cm kulit kayu manis - ku guna 1 batang
1 kuntum bunga lawang - ku letak 2 biji
1 biji buah pelaga - ku letak 2 biji
*2 biji bunga cengkih - ku tambah
2 ulas bawang putih, dihiris - ku blend
1/4 bawang besar dihiris - ku blend

Hiasan
Bawang goreng - ku tak letak sebab anak tak suka

Cara-cara


1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.

2. Panaskan mentega@minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, tomato puree (jika letak), susu segar, air, daun pandan dan sedikit garam.

4. Masaklah nasi macam biasa. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.

-sabrina-

7 tips untuk cemerlang


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

-sabrina-

Monday, April 9, 2012

belajar secara berkumpulan

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, pelbagai kaedah belajar boleh diamalkan. Salah satu teknik belajar yang sering digunakan ialah belajar secara berkumpulan terutama dengan rakan-rakan yang rapat. Sebenarnya, teknik belajar seperti ini memang memiliki banyak kelebihannya.

Impak positif yang pertama ialah teknik belajar ini menggunakan kaedah perbincangan yang menarik. Kita semua sedia maklum bahawa menerusi perbincanganlah pelbagai idea dan jawapan terhadap sesuatu masalah pelajaran itu dapat dikemukakan. Pada masa yang sama teknik belajar ini mengajar pelajar konsep bertolak ansur yakni menerima pendapat orang lain.

Selain itu, teknik belajar ini menjadikan proses ulang kaji lebih cepat dan tersusun. Semua ahli kumpulan akan diberi tugasan tertentu berdasarkan bab subjek, ramalan soalan atau kemungkinan mencari soalan-soalan lama untuk dibincangkan bersama-sama. Tindakan ini menjadikan masa belajar pelajar lebih pantas tetapi berkesan kerana mencakupi semua aspek kemungkinan soalan peperiksaan.

Malah, konsep belajar berkumpulan ini dapat memupuk semangat bekerjasama yang penting itu. Kerjasama merupakan satu konsep yang amat dipentingkan di negara ini dan sudah pasti konsep ini mampu dikekalkan menerusi amalan belajar secara berkumpulan. Amalan ini kemudiannya akan terus tertanam di sanubari pelajar dengan begitu mudah sehinggalah mereka dewasa.

Kesimpulannya, belajar boleh dijalankan dengan pelbagai cara tetapi pelajar harus memilih kaedah yang paling sesuai dengan diri mereka. Kejayaan teknik belajar secara berkumpulan juga banyak bergantung kepada kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Sesungguhnya, pelajaran amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar itu.

-ZAILIKA FAZLYNN-

kemahiran mencatat nota

B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:

  1. Kemahiran MENDENGAR

· Digunakan semasa proses pembelajaran

· Boleh dilakukan serentak

· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

  1. Kemahiran MEMBACA LAJU.

· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.

· Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.

· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

  1. Kemahiran MENULIS

· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.

· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.

· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.

·

  1. Catatkan KATA KUNCI sahaja.

· Memilih isi-isi penting sahaja.

· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.

· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

  1. NOTA RINGKAS dan padat

· Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri

· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu

· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.


- ZAILIKA FAZLYNN-

10 kunci kejayaan dunia dan akhirat



1.Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.

2.Kunci kemenangan adalah sabar.
3.Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4.Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5.Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6.Kunci maksiat adalah kesombongan.
7.Kunci solat adalah taharah.
8.Kunci ibadah haji adalah ihram.
9.Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10.Kunci syurga adalah tauhid.

-ALIA SHAHRUDDIN-

resipi makaroni goreng

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 375 gm makaroni (saya gunakan San Remo Vegeroni sebab berwarna warni)
  • 150 gm cili kisar
  • 400 gm daging kisar
  • 1 tin cendawan butang - dihiris
  • 250 gm sayur campur
  • 1 labu bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 pokok daun ketumbar (jika suka)-dihirs
  • garam,gula dan minyak untuk menumis
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Didihkan air.Masukkan makaroni dan rebus hingga kembang.Toskan.
  2. Panaskan minyak.Tumis bawang putih,bawang besar dan cili giling hingga garing.
  3. Masukkan daging kisar,telur,cendawan butang,sayur campur,garam,gula dan daun ketumbar.
  4. Kacau rata bahan-bahan tersebut.Akhir sekali,masukkan makaroni.Gaul hingga sebati.
  5. Hidangkan panas-panas.

-ALIA SYAHRUDDIN-

Beriman Kepada Kitab Kitab Allah

Firman Allah Taala, ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Kitab al-Qur'an yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad s.a.w.), dan juga kepada kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu daripada itu (136 Surah al-Nisaa')

16- عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ سَلَامٍ وَجَمَاعَةً مِنْ قَوْمِهِ أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نُؤْمِنُ بِكَ وَبِكِتَابِكَ وَمُوسَى وَالتَّوْرَاةِ وَعُزَيْرٍ وَنَكْفُرُ بِمَا سِوَاهُ مِنْ الْكُتُبِ وَالرُّسُلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "بَلْ آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ مُحَمَّدٍ وَكِتَابِهِ الْقُرْآنِ وَبِكُلِّ كِتَابٍ كَانَ قَبْلَهُ". (رواه الثعلبي)

16- Dari Ibn Abbas, r.a bahawa Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya datang mengadap Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami beriman kepadamu, dan kepada kitab al-Qur'an yang diturunkan kepadamu dan kepada Nabi Musa dan kepada kitab Taurat dan juga kepada Uzair dan kami kufur terhadap yang lainnya dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul." (Mendengarkan yang demikian) maka Baginda Rasulullah s.a.w., bersabda: "(Itu tidak cukup) bahkan hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Muhammad dan kitab-Nya al-Qur'an dan kepada tiap-tiap kitab yang diturunkan sebelumnya."

(al-Tha'labi)

17- عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَرْفُوعًا: "آمِنُوا بِالتَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالزَّبُورِ وَلْيَسَعْكُمْ الْقُرْآنُ". (ابن أبي حاتم)

17- Dari Maqil bin Yasar r.a badan Nabi s.a.w., sabdanya: Berimanlah kamu kepada kitab Taurat dan kitab Injil dan kitab Zabur dan hendaklah kitab al-Qur'an pula menjadi panduan yang cukup meliputi cara hidup kamu.

(Ibnu Abi Hatim)

Sebagaimana yang sedia diketahui bahawa tujuan Rasul-rasul itu diutus oleh Allah Taala ialah untuk menyampaikan ajaran-ajaran, hukum-hukum, cara dan peraturan hidup kepada umat manusia untuk mencapai keselamatan di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat.

Ajaran-ajaran dan hukum-hukum yang telah diwahyukan oleh Allah Taala kepada Rasul-rasul-Nya itu melalui Malaikat Jibril a.s, ada yang telah terhimpun dalam kitab-kitab suci, ada yang terhimpun dalam lembaran-lembaran surah (Suhuf), dan ada pula yang tidak diterangkan perihalnya.

Kitab-kitab suci yang diterangkan namanya di dalam al-Qur'an dan hadis ialah kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa; kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa; kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud; dan kitab al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad - a.s.

Manakala yang disebutkan dengan nama "Suhuf" (Risalah-risalah atau lembaran-lembaran surat) ialah yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa a.s.

"Kitab-kitab Suci" dan "Suhuf" yang tersebut diwajibkan beriman kepadanya secara "Tafsil" (satu persatu); dan yang lain diwajibkan beriman kepadanya secara "Ijmal" (umum).

-Aliffah Adira-