Monday, June 18, 2012

Paprik


  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
  5. -Najwa-

CIPTAAN ALLAH


INDAHNYA ALAM CIPTAAN ALLAH...

"Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, Yang menciptakan,lalu menyempurnakan(penciptaannya), Yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk, dan Yang menumbuhkan rerumputan, lalu dijadikannya (rumput-rumput) itu kering kehitam-hitaman. Kami akan bacakan (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) sehingga engkau tidak lupa, kecuali jika Allah menghendaki. Sungguh, Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi"..
(Al-A'la : 1-7)


Subhanallah. Allah adalah sebaik-baik Pencipta.. Lihatlah gambar-gambar ini, cuba hayati keindahannya... Tiada kata-kata dapat menggambarkan betapa indahnya alam ciptaan Ilahi.. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah
-Najwa-

Monday, April 23, 2012

Ubat menghilangkan jerawat


Masalah jerawat di bahagian muka agak sukar dibendung. Sekiranya kulit muka anda sensitif, maka penjagaan rutin yang lebih teliti perlu dilakukan. Beberapa cara untuk mengatasi jerawat ini pernah saya bincangkan di sini.

Namun, saya faham yang masalah ini tak pernah berakhir kerana setiap hari ada saja di antara kita yang mengalaminya. Walaupun dah pernah cuba pelbagai macam ubat jerawat, kan? Untuk itu, di akhir nanti saya akan berikan semula link berkaitan supaya mudah anda rujuk kembali.

Sementara itu, saya akan terangkan satu lagi cara menghilangkan jerawat di muka anda. Kali ini, anda perlukan sebungkus daun teh dan juga satu bekas berisi air panas yang sedang mendidih.


Gambar daun teh ini diedit dari laman Wikipedia



Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Masukkan sebungkus daun teh yang masih hijau ke dalam sebuah bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

2. Kemudian, wapkan air teh tadi ke muka anda. Atau lebih tepat, wapkan air teh tersebut selama beberapa ketika ke kawasan yang berjerawat di muka anda.

3. Lakukan cara ini selalu sehinggalah jerawat di muka anda tu hilang.


-aina-

Kulit telur untuk kecantikan muka?


Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP).

gambar kulit telur
Gambar hiasan kulit telur


Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.


1. Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.

2. Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak.


kulit telur yang telah ditumbuk
Contoh kulit telur yang telah ditumbuk


3. Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.

4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.

5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.

-zulaiha-

10 tips ringkas kuruskan badan


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan
Gambar hiasan


Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


-zulaiha