Saturday, March 31, 2012

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna.

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

-Najwa Nasri-

kawan sejati



Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut.

-NUR HANNAN-

membaca amalan kita

1. Membaca dapat mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan

2. Membaca dapat menghindarkan diri agar tidak tenggelam dari hal-hal yang batil

3. Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang-orang yang menganggur dan tidak memiliki aktivitas

4. Membaca dapat melatih lidah untuk berbicara dengan baik, menajuhkan kesalahan ucapan dan menghiasi dengan balaghah dan fashahah.

5. Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.

6. Membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingat serta pemahaman.

7. Dengan membaca orang dapat mengambil pelajaran dari pengalaman orang lain, kebijaksanaan dan pemahaman ulama (ilmuwan)

8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeda, dan penerapan pada kehidupan nyata.

9. Menambah keimanan, khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Sebab buku merupakan; pemberian nasehat yang paling agung, pendorong jiwa yang paling besar, dan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.

10. Membaca dapat membantu pikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah, dan memanfaatkan waktu agar lebih terbuang percuma.

11. Membaca dapat membantu memahami; proses terjadinya kata secara lebih detil, proses pembentukan kalimat, untuk menangkap konsep dan untuk memahami apa yang berada di balik tulisan.

Seorang penyair mengatakan :

Kehidupan jiwa adalah konsep dan makna,

bukan yang engkau makan dan minum.

-NUR HANNAN-

Khasiat Buah Oren

Makan Buah Oren Setiap Hari

Menurut Dr. Bill Sears, pakar psikologi dan profesor di University of California, beliau menyatakan pengambilan buah oren setiap hari, dapat membantu meningkatkan kadar antibodi dalam badan.

Ini kerana buah oren mempunyai vitamin C. Vitamin C dapat membantu mempercepatkan produksi antibodi dalam badan. Selain itu, ia juga dapat memberhentikan virus-virus penyakit dan jangkitan, daripada memasuki tubuh badan kita.

Tambah Dr. Bill, buah oren juga merupakan makanan yang berkhasiat, dan antara makanan yang terbaik untuk mempercepatkan produksi antibodi selain daripada daging turki, dan salmon.

Antara Suplemen dan Buah-Buahan – Mana Lebih Baik?

Bagi kalian yang bertanyakan soalan seperti di atas, jawapannya sudah tentu buah-buah, khususnya buah yang segar. Namun kita perlu fikir kemampuan kita untuk mengambil buah-buahan segar setiap hari.

Adakah kita mampu meluangkan masa 10 minit untuk makan buah-buahan setiap hari?

Adakah kita mempunyai masa untuk membeli buah-buahan segar di pasar?

Jika kita tidak mempunyai kelapangan masa untuk berbuat demikian, maka kita wajar mengambil suplemen. Pastikan kita mendapatkan maklumat suplemen yang ingin diambil sebelum melakukan pembelian.

Ini bagi mengelakkan daripada terjurumus dalam isu produk tidak halal dan membahayakan tubuh badan.

Semoga perkongsian entri ini bermanfaat untuk kita semua. Sekiranya tuan dan puan ingin berkongsi kepada rakan yang lain, klik sahaja pada button ‘Facebook Like’ seperti yang tertera, atau klik pada butang ‘Share’.

Mohon berikan sebarang komen menerusi ruangan yang disediakan di bawah. Saya akan cuba jawab dengan seberapa segera.

-Najwa Nasri-

Kebaikan dan Keburukan Internet

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

Kesimpulan:
Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

-alia-

Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah

Antara faktor ponteng yang dikaji ialah faktor sikap pelajar, suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor pengaruh media elektronik. Sampel kajian terdiri dari 202 orang pelajar dari tingkatan dua dan empat. Dapatan kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar melakukan ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ponteng seperti faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. Wujud juga hubungan yang sinifikan antara gejala ponteng dengan pencapaian akademik. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat dan ponteng kelas dengan jantina. Namun, wujud perbezaan yang signifikan antara ponteng sekolah dengan jantina di kalangan pelajar. (kata kunci: Ponteng sikap pelajar, suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor pengaruh media elektronik)

-zulaiha-

faedah bersukan..

Kita sering diberitahu bahawa sukan itu adalah penting. Namun, apakah definasi bersukan? Menurut kamus Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan atau dilakukan secara hiburan. Contohnya, sekarang, acara yang paling gemuruh, Olimpik, telah menarik perhatian ramai orang untuk menonton pelbagai sukan yang diuruskan. Antaranya, berenang, lompat tinggi, badminton, tenis meja, bola dan lain-lain lagi.
Sukan memang banyak faedahnya. Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh. Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu masin.
Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain dengan sebaik mungkin.
Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan. Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir.
Berdasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan, kami dapat berpendapat bahawa sukan menyihatkan badan, membina sebuah pasukan dan menjamin jalan kehidupan sihat. Dengan ini, terbukti lah bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Kami sepatutnya menggalakkan keluarga, teman-teman, jiran-jiran dan sesiapa lagi dan ingin dengar untuk rajin bersukan. Tentu dunia ini akan menjadi lebih sihat.

-NUR HANNAN-

diet seimbang

Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.
Prinsip Asas Diet Seimbang
  • Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
  • Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang
Tabiat Makanan Yang Sihat
  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak






-NUR HANNAN-

Masalah Disiplin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
-Najwa Nasri-

As-Sami’ (Maha Mendengar)

Allahlah yang mendengar semua yang terucap, terlintas dalam pikiran dan akal, apa yang dirasakan dalam hati. Gemericiknya air, gemerisiknya dedaunan kala ditiup angin, bahkan bunyi jejak langkah kaki semut Allah mendengarnya dengan jelas.

As-Sami’ Yang Maha Mendengar, adalah sifat kesempurnaan karena lawan katanya tuli, sebagai sifat kekurangan.

Ada dua tingkat kesempurnaan yang relatif dan mutlak. Kesempurnaan mutlak tidak bergantung pada alat, keadaan, atau batasan. Sedangkan kesempurnaan yang relative tergantung pada alat, keadaan dan tebatas.
Alam semesta sejak penciptaan awal hingga akhir dari satu sisi ke sisi yang lain tanpa terputus, segala bunyi dan suara selalu mengiringi penciptaan ini. suara ini terkadang ada yang mampu didengar oleh manusia, sebagaimana halnya suara ledakan keras, ada pula yang tidak terdengar oleh pendengaran manusia.

Suara ini tidak ada yang hilang dari catatan As-Sami’ dalam buku besar yang tersimpan dalam lauhul mahfudz. Semua suara dan bunyi dari makhluk di alam semesta terjejak dengan rapi, penuh makna. Jika suara ini adalah pertanyaan, maka Allah menjawabnya, jika sebuah tuntutan, maka akan dipenuhiNya, jika ini adalah sebuah salah, maka akan ditunjukkan jalan kebenaran olehNya.

Allah Maha mendengar segala keluh, gundah, kegelisahan, dan kehampaan kita. Hanya dengan isyarat dalam hati Allah mampu mendengar. Tak perlu kita melenguhkan suara kita untuk memohon kasihNya. Hanya dengan ungkapan air mata, Allah sudah memahami apa yang kita inginkan.

Allah dengan sengaja menciptakan dua telinga untuk kita, agar kita lebih banyak mendengar suara-suara di sekeliling kita. Mendengar suara rintihan kaum papa yang mengharap pertolongan sesama. Mendengar nasihat-nasihat yang datang dari berbagai penjuru arah untuk memaknai kebesaran As-Sami’, mencintai sifat-sifatNya yang sempurna.

Ini semua merupakan bukti, bahwa Allah ada di sekeliling kita dengan segala jejak yang ditinggalkanNya melaui suara-suara hidayah alam. Sehingga kita bisa menyadari, menemukan dan mencintaiNya dimanapun kita berada.

Di saat kita merasa hampa dan tiada berdaya, hanya Allah mampu mendengar apa isi hati kita. Segala yang tak terucap dari lisan, Allah tahu dengan sejelas-jelasnya. Allah tidak akan pernah bosan mendengar segala pinta dan asa kita.

Maha MendengarNya, tidak hanya di alam nyata, di alam ghaib Allah menguasaiNya. Sebagaimana firmanNya dalam surat Al-An’am 59, “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (Q.S. Al-An’am 59)

Menyebut asma As-Sami dalam setiap dzikir kita semakin menambah kedekatan kita kepadaNya. Memuja sifat dan mengamalkan dalam kehidupan akan membawa kita kepada kepekaan untuk lebih memahami kekuasaaNya.

Pernahkah kita mendengar detak jantung yang memompa darah kita setiap harinya? Atau suara helaian nafas yang keluar dari rongga dada ini? Begitu pun dengan desir aliran darah yang menjalari? Semua anggota tubuh kita, tiada berhenti memujanya. Hanya keterbatasan pendengaran kita yang membuat segalanya menjadi kabur tertutup oleh hijab kekhilafan kita.

Allah dalam hadis qudsi mengungkapkan, “Tidaklah seorang hamba-Ku mendekati-Ku dengan terus menerus bersikapa taat kecuali Aku akan mencintaiNya dan jika Aku mencintaiNya, maka Aku akan menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar dan menjadi lidahnya yang dengannya dia berbicara dan menjadi tangannya yang dengannya dia menggenggam.”
Semoga pendengaran kita semakin mengasah kepekaan kita untuk merasakan keindahan semesta dan penciptaNya. Amin.
-Najwa Nasri-

Cara cara menghargai jasa guru

Membalas jasa guru

Guru sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Huraikan cara-cara yang perlu kita lakukan untuk membalas jasa guru.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Insan seperti Perdana Menteri, jurutera, doktor atau peguam mencapai kejayaan dalam hidupnya kerana diajar dan dididik oleh guru. Kejayaan mereka ini menunjukkan bahawa guru banyak berjasa kepada banyak orang. Insan yang bergelar cikgu ini ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Oleh itu, kita mestilah membalas jasa mereka supaya kita tidak dianggap sebagai kacang melupakan kulit. Kata Saidina Ali, “Siapa mengajar aku satu huruf jadilah aku hamba kepadanya”. Begitulah mulianya kedudukan seorang guru.

Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Sebagai guru, mereka ingin melihat kita berjaya pada masa depan. Oleh itu, apabila guru mengajar, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya dan janganlah menimbulkan masalah disiplin yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, guru ingin melihat kita berjaya dalam setiap peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. Guru sudah pasti berbangga jika kita mencapai kejayaan.

Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada guru tidak berkat. Apabila kita sudah dewasa, dan mungkin memegang jawatan yang tinggi sekalipun hendaklah sentiasa menghormati guru. Sabda Nabi Muhammad, “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu”. (Riwayat Abu Hurairah)

Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu guru. Dalam hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. Sebagai contohnya, kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita untuk menghantar buku latihan dari kelas ke bilik guru dan sebaliknya. Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita.

Bukan itu sahaja. Kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka. Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru kita bila-bila masa. Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru, selain menghantar ucapan “Selamat Hari Guru”, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang telah berjasa kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. Melalui cara ini, kita akan dianggap sebagai murid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru yang telah menyemarakkan evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini dan seterusnya.

Satu lagi cara untuk menghargai jasa guru ialah sentiasa mengunjungi guru di sekolah atau di rumah walaupun kita telah meninggalkan bangku sekolah. Jauh lebih baik apabila kita mengunjungi guru semasa guru kita sakit atau semasa mengalami sesuatu musibah. Pada ketika itu, guru akan rasa diri mereka dihargai. Juga lebih elok kita kunjungi rumah guru sesudah mereka bersara kerana guru yang membakar diri menerangi kehidupan kita umpama lilin.

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam kehidupan kita. Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Tanpa guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Guru juga umpama tongkat kepada orang buta. Oleh itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala pengorbanannya pada setiap masa.

-sabrina-