Monday, April 9, 2012

Bilangan Malaikat

Bilangan malaikat adalah banyak, Allah sahajalah yang mengetahui bilangannya. Firman Allah yang mafhum:

"Dan Kami tidak jadikan pengawal pengawal neraka itu melainkan dari jenis malaikat. Dan Kami tidak jadikan bilangan mereka melainkan supaya menjadi fitnah kepada orang orang yang kafir dan supaya ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) itu yakin kepada (kebenaran al Qur'an) dan supaya orang orang yang beriman semakin bertambah kuat iman mereka. Dan supaya ahlul kitab dan orang orang mukmin tidak ragu ragu. Dan supaya orang orang yang di dalam hati mereka ada penyakit (ragu ragu) dan orang orang kafir berkata, "Apakah tujuan Allah menyebutkan bilangan itu?" Demikianlah Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki Nya dan memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki Nya. Dan tiadalah mengetahui tentera tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan ia tidak lain melainkan suatu peringatan kepada manusia." (A1 Muddathir. 31)

Di dalam hadith marfu' yang dikeluarkan oleh at Tarmidhi, Ibn Majah dan al Bazar dengan lafaz yang bermaksud:

Bersuara oleh langit dan sebenarnya ia berhak mengeluarkan suara, kerana tidak ada suatu tempat sekadar empat jari meIainkan ada di atasnya malaikat yang sujud.

Di dalam hadith mi'raj pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Maka diangkat kepada saya akan al Bait al Ma'mur , lalu saga bertanya malaikat Jibril, is pun menjawab: A1 Bait al Ma'mur ini dilakukan salat padanya setiap hari tujuh puluh ribu malaikat." (Bukhari)

-Aliffah Adira-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.